Hi assalamualaikum :)
menarik gambar ni. muahahaha. |
situasi 1 : dalam lif with strangers.
kalau korang nak masuk lif tapi nampak ada orang mencurigakan ikut korang ala2 stalker takpun asylum takpun psycho takpun orang gila yang obvious gila, jangan hesitate. masuk je dalam lift tu, wat lek wat peace. tapi tekan semua button floor tu. kalau korang nak ke floor 7, tekan jugak floor yang lain sebelum nombor 7. boleh la jadi budak2 main lif bagai. ni salah satu cara nak defend diri korang la. mana ada orang nak serang korang kalau tahu lif tu berenti setiap floor. gila apa. hardcore sangat kalau tetap rompak korang or whatsoever. heh.
situasi 2 : strangers in the house.
first, lainkali sila ingat nak kunci pintu dengan 7 mangga lain jenis, pasang alarm plus cctv terus. hewhew. kedua, sila ke dapur dengan kelajuan cahaya sebab kat dapur ada macam2 barang berguna. rumah korang, mesti korang tau kat mana korang simpan pisau, serbuk cili, pepper semua tu. takpun korang pecahkan pinggan mangkuk korang, lagi mahal, lagi hebakk ah -.-'. biar bising satu kampung/taman perumahan. tapi kalau rumah korang terpencil, harap maaf lah ye. huhu
situasi 3 : naik teksi malam2.
heh. sekarang ni naik teksi siang2 pun bahaya kan. macam2 taktik perogol/perompak tu tau. bijak nauu. solution dia, sebelum naik teksi tu, tengok dulu nombor pendaftaran teksi tu. pastu telefon kawan ke family ke boyfriend handsomee ke and bagitau dorang nombor tu. pastikan driver teksi tu dengar dan faham. cis. mesti terbantut niat nak buat jahat kat korang. yela, dah orang tau detail dia, takkan berani lagi. telefon hang? jangan risau, driver tu tak tahu. so just pretend korang tengah bercakap jugak. hehe.
situasi 4 : kalau teksi tu masuk lorong yang tak sepatutnya
ni memang driver teksi ganas, tak gentar. haha. if you feel that you're entering danger zone bila driver teksi tu tak ikut jalan sepatutnya, sila guna handbag korang untuk cekik dorang. guna shoulder bag? takpe, tarik kolar baju dorang. pun boleh. agak2 dah tercekik tu mesti driving pun jadi kalut. this will attract orang. masa ni la korang boleh bagi sign mintak tolong. kalau berani, lompat keluar je dari teksi tu. and pastu pergi balai, report. tadaaa! -.-'
situasi 5 : rasa diekori
let say, korang tengah syok jalan sorang2, tetibe korang rasa macam ada orang ikut je. jangan panik. masuk je dalam kedai yang berdekatan. kalau rumah pun boleh. terangkan keadaan korang, mesti tuan rumah tu faham. lebih elok kalau korang simpan pepper spray dalam handbag. spray apa2 pun boleh jugak, sebab setahu nawwar jenis2 spray ni memang buat pedih mata.
special :
kalau rasa dalam bahaya, keluarkan phone pastu buat as if tengah bercakap dengan ayah ke, abang ke. lagi best buat pulak dialog palsu " eh apasal bapak kat police station?" dengan tone suara tinggi seoktaf dari biasa. confirm orang tak berani buat jahat. valid in any situation.
nawwar pernah dulu masuk bilik ATM. tak lama pastu crowded dengan laki. dahla nawwar sorang je pompuan dalam tu. gila berdebar. nak je buat2 call ayah. paranoid? no. berjaga-jaga. hehe
5 comments:
Heee.tips yg baek punyerr
waa.. tips berguna! respect!
ada yg mmg teman buat mcm 2 gak.. hik3..
done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
nak share neyh. hehe. boleh ea ^_^
done tengkubutang. hehe. kan? saja nak share sebab sekarang ni memang makin banyak je kes2. huhu
edrina kaykay. sila2. haha
Post a Comment