Sunday, 14 April 2013

SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY "Suka-suka nak bagi hadiah.........."

Hi assalamualaikum :)


harini nawwar join GA ni. tapi yang ni lain dari yang lain tau. sebab kita boleh tulis apa yang kita nak. ala2 wishlist jugak kot. hahaha.

so, nawwar nak novel ni. 


nak sangat. nawwar mula2 baca novel ni sebab bosan. masa tu duk dalam library. masa form 2 rasanya. mula2 tengok novel ni nawwar rasa macam "ceh. dahla nipis. cover tak menarik langsung. gambar bunga2." letak la gambar orang tengah kissing ke, peluk2 ke hoi tu tipu -.-' tapi seriously memang pandang sebelah mata jela kat buku ni. 

tapi betul la omputih kata, don't judge a book by its cover. ni literally, jangan nak menilai dari kulit novel gambar bunga2. sebab cerita dia best sangattttt! nawwar tiap2 kali baca, tiap kali tu lah menangis. nak2 part alfarabi luahkan isi hati dia kat miss juliana masa miss juliana masuk wad. sayu sangat! hati tisu khonn -.-'

addicted nye nawwar dengan novel ni sampaikan tiap kali masuk library, mesti cari novel ni. dua tiga kali pusing kat rak novel tu. pastu kalau takde merajuk taknak baca novel lain. haha. paling jahat, lepas dua tiga bulan, nawwar berani seludup novel tu keluar dari library sekolah. muehehe. dah kalau pinjam mesti minggu depan kena hantar balik. tak syok arr camtu. tapi sebab nawwar ni kudus, nawwar pulangkan balik novel tu. dua bulan lepas seludup. letak dalam library asrama. -.- ahhhh. yang penting dah pulangkan. hewhew.

tapi taboo tahu. lepas nawwar buat camtu, novel tu hilang terus. HILANG TERUS! dalam library kat sekolah takde. kat asrama yang nawwar seludup tu pun takde. hukhuk. ada penunggu kot buku tu. -.-

nawwar teringin sangat nak baca novel tu. sampai nawwar cari online kot2 ada yang nak letgo. ada satu, tapi dah lama. entah aktif tak lagi blog tu. huhu. :'(

nawwar dah tekad, kalau sampai sudah tak jumpa. nawwar nak buat syarat hantaran. hewhew. gila tak nak buat hantaran novel nipis tu? biar orang yang nak kahwin dengan nawwar usaha sikit. muehehe. 

tu jela. hehe. ni first entry giveaway panjang2 kot. hihi



Happy Reading And Have A Nice Day ^^

5 comments:

Rezatul Akma said...

wah macam menarik je GA ni :)

Nafisa81 said...

biar betul...boleh letak wishlist...haha..nak tudung fareeda...nak tudung fareeda...

AinNawwar said...

@rezatul akma join la jugak :)
@nafisa81 ha'ah akak. sebab dia tanya hadiah apa yang kita suka. jadi tulis jela. hihi

IeZwa RazK II said...

wahh dapat novel tu, Good luck ye :)

AinNawwar said...

@iezwa razk xdapat lagi. tapi harap2 ada la prince charming yang baca ni pastu terus bagi. haha berangan.