Sunday 31 March 2013

Doa Malaikat

Hi assalamualaikum :)


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

semoga bermanfaat :) in shaa Allah

Happy Reading And Have A Nice Day ^^

Friday 22 March 2013

Tesl? Medic?

Hi assalamualaikum :)


haih. dilema sungguh. hati memang nak sangat. sangat. sangat ambik tesl. tapi ramai yang kata sayang pulak dengan result tu ambik tesl. hina sangat ke tesl? wuwuw. bukan sebenarnya. tahu, memang sayang kalau dengan result nawwar ni apply tesl sedangkan peluang nak ambik medic tu in shaa Allah ada. ada kawan nawwar tu , lagi la. dia dapat straight As, congrats again to her, nawwar tanya la dia lepas ni nak ambik course apa, and she was like "tesl la...". padahal dengan tiket straight As tu boleh je ambik course yang lagi gempak kan. tapi nak buat macam mana lagi, dah memang minat ke arah tu.

 prob is, sekarang ni pendapat lain2. ada yang kata pilih la course ikut minat, sebab orang kata kalau kita buat kerja yang kita minat, tak terasa sangat beban tu. tapi ada pulak suara yang cakap, dunia sekarang mana boleh memilih sangat kalau nak survive. mana satu betul ni?

dulu pun pernah dah dilema macam ni. tapi bila fikir masak2, memang nak stick dengan tesl. sebab ingat balik reason kenapa nak ambik tesl, kenapa bukan course lain. sebab tujuan asal tu memang nak jadi cikgu bahasa inggeris, nak didik anak bangsa dengan ilmu secoet yang nawwar ada. nak rasa jadi penyumbang kejayaan orang lain in shaa Allah. ^^

sekarang ni banyak lagi benda nak kena settle. banyak sangat. tadi baru sudah isi UPU dengan IPG. esok2 nak cari scholarship lagi. hadoi. tolong la sape2 yang pandai dan ada pengalaman tolong beri tunjuk ajar. hehe. kakak2 dan abang2 mohon beri penjelasan la halatuju lepas ni macam mana. :)



tadi check komen pastu nampak ada komen kak Namee kat entry ni. ^^ bahagia kejap sebab kak Namee sudi komen blog nawwar. ahaha. dah lama dah follow kak Namee ni tapi ni first time dia komen. hihi. thanks kak Namee :)







Happy Reading And Have A Nice Day ^^

Sunday 17 March 2013

Definasi Hidup

kaku. bila fikir balik hidup ni tak bergerak mana pun. terpaku kat barisan mula. kalau ada pun pergerakan, heh, bukan boleh buat stok nak bangga. baru je nak merangkak, halangan mencurah-curah buat road-block. pastu mula hilang semangat, luntur dah angan-angan menggunung waktu mula-mula nak berubah jadi baik tu. pulak tu, dah rasa baik sikit, rasa terror sikit, mulalah nak kembang jaja kat semua orang. padahal. cett. buat malu je.

kalau ingat balik waktu kecik-kecik dulu, fuhh, gumbira kemain. macam dunia ni tok wan punya, bebas je nak kentut sesuka hati pun, bukan orang kisah. orang cakap cute ada la, budak-budak kan. buat apa-apa bukan fikir dosa pahala. lantak ah. i got the world in my hand, konon. pengaruh cerita omputih tak habis-habis. gaya hidup pun ala-ala mat saleh dah. berlari sana sini kejar kawan-kawan. bukan kawan pompuan, tapi lelaki. uniform sekolah kain labuh tiba-tiba transform jadi mini skirt. kalah amoi. pulak tu guna mandat 'konon-konon bijak' ajak orang gaduh. gila ah gangster dulu jadi ketua geng. penolong ketua pengawas okay. berwibawa lah tu, jadi singa hari-hari. suara kecik pun laung hujung kampung sebelah dengar lagi. haih. masa tu perkataan feminin dengan diri macam kutub utara dengan kutub selatan. darjah enam, bukan tau pun maksud feminin. kisah pulak aku. hmm. bahagia kan waktu kecik-kecik dulu. tapi tu ke definasi hidup?

sekarang bila dah besar, function otak pun dah kurang bab mainan, lets get serious lah pulok. mula rasa nak gedik-gedik layan boybands. tengok Taylor Lautner rasa nak pitam. tengok Selena Gomez tetibe rasa nak ada keturunan Hispanik. dengar lagu Hero-Enrique Iglasias terus histeria "wahh suara seksayyyy!". pastu pandai-pandai berchenta, pengaruh lagu-lagu cinta Taylor Swift demmyu Tay Swift. haha. pastu bila dah besar jugak la start fikir pasal hidup. pasal tanggungjawab. pasal study. pastu mula lah rasa masalah bertimbun tanpa solution. hoi. tak pernah dengar term "try and error" ke cepat sangat putus asa ni? mengalah. lembik. lupa, everything happens for a reason and every problem has a solution. tapi lama-lama settle jugak masalah tu. bahagianyaaaa. tapi tu ke definasi hidup?

apa definasi hidup sebenarnya? dapat result cemerlang tiap kali exam? umur baru setahun jagung dah mampu tayang gadget segala bagai? ke ada boyfriend handsome dan diiktiraf sweetest couple of the year? ke bila dah mampu keliling dunia walaupun umur tak cukup syarat nak mengundi? rasanya tak.

kadang-kadang hidup ni rasa kosong kan? jiwa ada, tapi lifeless. apa definasi hidup sebenarnya?

senyum. tapi otak berselirat fikir definasi hidup.


Happy Reading And Have A Nice Day ^^

Wednesday 13 March 2013

Mari berkarya !

Hi assalamualaikum :)

ohh, ni bukan entry GA ye. =.='
harini nak bersastera sikit. huahua

*dulu ada cikgu pesan tak baik tulis dalam rumi, sebab takut lari maksud*

2010
Permulaan.
Lagha dengan kemanisan duniawi
Hingga lupa kebahagiaan hakiki yang menanti
Lalai dengan seruan kasih sayang*kot. ppui*
Hingga lupa cinta Sang Pencipta yang abadi
Terasa dunia milik kita
Langit cerah seakan merestui
Walaupun akal waras mencegah,
Namun hati buta tetap membenarkan
Jiwa yang dulunya tulus
Terpalit noda, bintik-bintik dosa.

2011
Tamparan hebat.
Seakan melihat Romanian runtuh di depan mata
Minda seakan sukar mencerna realiti
Hidup seperti lebih rela berpaksikan fantasi
Kala hati berbisik menidakkan kebenaran,
Akal mula menyemai benih-benih benci
Namun sepertimana Hawa terhasut bisikan iblis
Begitulah hati menyerah dengan bisikan halus nurani
Nyata! Sayang masih ingin bertamu
Walau tanpa kerelaan si tuan rumah
Meski akal memujuk rasa
"Cinta monyet tidak ke mana"
Namun kedegilan tetap berkeras
"Hati dan perasaan di bawah kekuasaan-Nya"
Lalu mutiara jernih menitis, setitik demi setitik.

2012
Bangkit.
Jaga daripada lena yang panjang
Sedar daripada tidurnya mata hati
Masih jauh perjalanan hidup diri ini
Masih banyak liku-liku mencabar yang perlu ditempuhi
Ceritera seorang aku tidak ternoktah di sini
Penghabisan memoir bukan untuk ditangisi
Aku tahu,
Rangkulan kejayaan menanti di hadapan
Menyesal? :) Kenangan itu suatu pengajaran
Mungkin, air mata ini akan berhenti
Mungkin, senyumanku ikhlas suatu hari nanti
Pasti!
so much for the corniness. ahaha
ni nukilan masa hormon tengah celaru nih. =.='
any comment about this? 

Happy reading and have a nice day :)


Happy Reading And Have A Nice Day ^^

Sunday 10 March 2013

Takutnya nak berdakwah :/

Hi assalamualaikum :)

tadi Nawwar tengah berfesbuk, pastu ada la sorang senior Nawwar ni
 share photo IKRAM SISWA Terengganu Utara


Nawwar tahu, ramai kawan2 kat luar sana ada perasaan camni kan?
sebab Nawwar pon sama. hehe

yela. mula2 memang niat nak menyeru pada kebaikan.
tapi mesti ada soseh2 duk puji "wah baiknya dia ni!" yang kutuk bajet alim pon semestinya la kan. uhuk
bila jadi camtu of course syaitonirrajim mula dok hasut lantas membuahkan rasa riak dan takabbur
demmyu syaiton

tapi semalam Nawwar ada tanya kawan pasal ni
pastu dia reply text 

"Takpe. Nak gerakkan dakwah, memang kena start dengan diri kita. 
Fitrahnya, memang akan ada perasaan tu. Anggap je tu semua ujian untuk kita. Antara ganjaran pahala dengan permainan was2 kadang2 kita kena mujahadah. Kalau kita ikhlas, in sha allah Dia luruskan hati kita."

rasa lega sikit lepas baca text tu. jadi lepas ni takyah la takut nak sebarkan benda baik ye. 
jom sama2 amalkan amar makruf nahi mungkar :)




Happy Reading And Have A Nice Day ^^