Hi assalamualaikum :)
11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak
membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam
selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan
solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara
berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang
yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
semoga bermanfaat :) in shaa Allah
No comments:
Post a Comment