Friday, 22 March 2013

Tesl? Medic?

Hi assalamualaikum :)


haih. dilema sungguh. hati memang nak sangat. sangat. sangat ambik tesl. tapi ramai yang kata sayang pulak dengan result tu ambik tesl. hina sangat ke tesl? wuwuw. bukan sebenarnya. tahu, memang sayang kalau dengan result nawwar ni apply tesl sedangkan peluang nak ambik medic tu in shaa Allah ada. ada kawan nawwar tu , lagi la. dia dapat straight As, congrats again to her, nawwar tanya la dia lepas ni nak ambik course apa, and she was like "tesl la...". padahal dengan tiket straight As tu boleh je ambik course yang lagi gempak kan. tapi nak buat macam mana lagi, dah memang minat ke arah tu.

 prob is, sekarang ni pendapat lain2. ada yang kata pilih la course ikut minat, sebab orang kata kalau kita buat kerja yang kita minat, tak terasa sangat beban tu. tapi ada pulak suara yang cakap, dunia sekarang mana boleh memilih sangat kalau nak survive. mana satu betul ni?

dulu pun pernah dah dilema macam ni. tapi bila fikir masak2, memang nak stick dengan tesl. sebab ingat balik reason kenapa nak ambik tesl, kenapa bukan course lain. sebab tujuan asal tu memang nak jadi cikgu bahasa inggeris, nak didik anak bangsa dengan ilmu secoet yang nawwar ada. nak rasa jadi penyumbang kejayaan orang lain in shaa Allah. ^^

sekarang ni banyak lagi benda nak kena settle. banyak sangat. tadi baru sudah isi UPU dengan IPG. esok2 nak cari scholarship lagi. hadoi. tolong la sape2 yang pandai dan ada pengalaman tolong beri tunjuk ajar. hehe. kakak2 dan abang2 mohon beri penjelasan la halatuju lepas ni macam mana. :)



tadi check komen pastu nampak ada komen kak Namee kat entry ni. ^^ bahagia kejap sebab kak Namee sudi komen blog nawwar. ahaha. dah lama dah follow kak Namee ni tapi ni first time dia komen. hihi. thanks kak Namee :)







Happy Reading And Have A Nice Day ^^

4 comments:

nadia hikari said...

congratss ! kita pun tengah pening nak amik course apa . antara medic or account . upu pun tak habis isi lagi haihh -.-

Fatini Adlina said...

lebih baik ambik ikut minat, rezeki ada di mana-mana...

amik medic pun bukan confirm dapat keja, sbb sekarang dh terlampau rmai org ambik medic..

akak sy amik TESL, amik B.I ni bnyak peluang pekerjaan, x semestinya cgu, keja company boleh, keja bank boleh dan lain-lain.. :)

AinNawwar said...

oh. thanks fatini :)

nadia : tula. pening. huahua

Ainur Athikah said...

Mintalah petunjuk daripada ALLAH. Buat solat istikharah. In Shaa Allah, akak boleh buat keputusan yang tepat. ^_^