Sunday, 17 March 2013

Definasi Hidup

kaku. bila fikir balik hidup ni tak bergerak mana pun. terpaku kat barisan mula. kalau ada pun pergerakan, heh, bukan boleh buat stok nak bangga. baru je nak merangkak, halangan mencurah-curah buat road-block. pastu mula hilang semangat, luntur dah angan-angan menggunung waktu mula-mula nak berubah jadi baik tu. pulak tu, dah rasa baik sikit, rasa terror sikit, mulalah nak kembang jaja kat semua orang. padahal. cett. buat malu je.

kalau ingat balik waktu kecik-kecik dulu, fuhh, gumbira kemain. macam dunia ni tok wan punya, bebas je nak kentut sesuka hati pun, bukan orang kisah. orang cakap cute ada la, budak-budak kan. buat apa-apa bukan fikir dosa pahala. lantak ah. i got the world in my hand, konon. pengaruh cerita omputih tak habis-habis. gaya hidup pun ala-ala mat saleh dah. berlari sana sini kejar kawan-kawan. bukan kawan pompuan, tapi lelaki. uniform sekolah kain labuh tiba-tiba transform jadi mini skirt. kalah amoi. pulak tu guna mandat 'konon-konon bijak' ajak orang gaduh. gila ah gangster dulu jadi ketua geng. penolong ketua pengawas okay. berwibawa lah tu, jadi singa hari-hari. suara kecik pun laung hujung kampung sebelah dengar lagi. haih. masa tu perkataan feminin dengan diri macam kutub utara dengan kutub selatan. darjah enam, bukan tau pun maksud feminin. kisah pulak aku. hmm. bahagia kan waktu kecik-kecik dulu. tapi tu ke definasi hidup?

sekarang bila dah besar, function otak pun dah kurang bab mainan, lets get serious lah pulok. mula rasa nak gedik-gedik layan boybands. tengok Taylor Lautner rasa nak pitam. tengok Selena Gomez tetibe rasa nak ada keturunan Hispanik. dengar lagu Hero-Enrique Iglasias terus histeria "wahh suara seksayyyy!". pastu pandai-pandai berchenta, pengaruh lagu-lagu cinta Taylor Swift demmyu Tay Swift. haha. pastu bila dah besar jugak la start fikir pasal hidup. pasal tanggungjawab. pasal study. pastu mula lah rasa masalah bertimbun tanpa solution. hoi. tak pernah dengar term "try and error" ke cepat sangat putus asa ni? mengalah. lembik. lupa, everything happens for a reason and every problem has a solution. tapi lama-lama settle jugak masalah tu. bahagianyaaaa. tapi tu ke definasi hidup?

apa definasi hidup sebenarnya? dapat result cemerlang tiap kali exam? umur baru setahun jagung dah mampu tayang gadget segala bagai? ke ada boyfriend handsome dan diiktiraf sweetest couple of the year? ke bila dah mampu keliling dunia walaupun umur tak cukup syarat nak mengundi? rasanya tak.

kadang-kadang hidup ni rasa kosong kan? jiwa ada, tapi lifeless. apa definasi hidup sebenarnya?

senyum. tapi otak berselirat fikir definasi hidup.


Happy Reading And Have A Nice Day ^^

2 comments:

Ainur Athikah said...

Jangan pernah mengeluh dengan kehidupan dan jangan pernah kata tak pernah merasai kebahagiaan hidup. Dalam hidup mesti ada masalah, suka, duka, kecewa dan berbagai lagi. Kita cuma perlu tabah dan hadapi hidup dengan tenang. ^_^

AinNawwar said...

ahhaha. ni acah2 deep je.