Hi assalamualaikum :)
"Tulislah yang baik-baik, walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk..."
don't lose hope :) |
tense. rasa diri ni duk kat bahagian roda yang paling bawah. rasa kecik. rasa kerdil. rasa macam selama hidup 18 tahun ni tak bawa apa-apa perubahan kat dunia. mungkin ada, tapi sikit. hmm.
sebelum ni nawwar selalu rasa diri nawwar yang sekarang sudah cukup. at least for now. rasa macam sekurang-kurangnya I'm better than sesetengah orang. rasa macam lagi baik dari sesetengah perempuan yang tak bertudung berbaju singkat berseluar ketat. rasa macam lagi baik dari sesetengah lelaki yang tak sedar waktu solat tak reti nak jejak masjid tak habis-habis nak melepak buang masa. tapi, siapa kita sebenarnya nak judge orang? heh.
pernah dengar kisah sebiji epal?
Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar
mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam
kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu
lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku
licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap
seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.
Tapi… kenapa aku tidak dipetik orang?
epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia
lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak
mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak
ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya
yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang
belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?
Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat,
diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada
pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke
tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik
lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang
licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga
malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar
menjadi risau dan sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.
Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan
serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”
Kalaulah epal tu tahu suatu hari nanti dia akan dipetik oleh bukan calang-calang orang, oleh orang yang sanggup berusaha untuk dapatkannya. Kalaulah...
sekarang ni basicly epal tu analogi bagi perempuan, and maybe untuk lelaki jugak. of course la we all wish to be epal dahan paling tinggi kan? ada ke orang nak jadi macam epal yang membusuk atas tanah, jadi makanan ulat?
tapi semalam, semalam nawwar betul-betul rasa macam epal yang dah jatuh bergolek. sentap kot bila ada senior tu share pasal agama and I was like whatttt? who is this person? why is he famous? I only know enriqueeeeeeeeee gyahhhh stress ada malu pun ada. baru nak sedar diri ni belum cukup bekalan. baru tahu banyak lagi pengetahuan yang nak kena topup. lepas ni bukak youtube kena rajin-rajin bukak ceramah-ceramah. huhu.
malu. jadi segan sebab dulu nawwar ingat that senior is an ordinary guy. tapi dia mampu buat nawwar jadi speechless. Allah :'( He's making his way on becoming epal dahan paling tinggi. Me?
I want to change. But it's not easy. Guide me, please.
A'liya cakap nawwar apple baru nak tumbuh :') |
kitew sukew stalk enrique. minat enrique. burn. |
burn sekali lagi. sobs. |
1 comment:
Assalam.. Subhanallah.. perkongsian yg baik. Mengenali blog ni dari entri saudara Hasrul Hassan.. saya follow sini & salam ukhwah ye.. :)
Post a Comment